Siapa Yang Emas Amir Cari & Perlukan?

ANDAI ANDA ...
Sedia untuk belajar dan sedia dikritik untuk jadi lebih baik lebih profesional?
Kekal fokus pada kerja TANPA LUPA Tanggungjawab kepada Sang Pencipta?
Mencari kerja dengan Tim yang HEBAT & LUAR BIASA?
Mencari rezeki yang benar-benar Halal dan Mampu Menaik Taraf Diri dan Keluarga?
dan semestinya Emas Amir mencari yang KOMITED, JUJUR, AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB seperti Anda !

Jawatan Kosong - Peluang Kerjaya

Kemasukan SEGERA!
Pembantu Jualan Kedai Emas Amir Kulim Kedah
Pembantu Jualan Wanita (2 Kekosongan)

* Mesra Pelanggan
* Mudah Belajar & Boleh Diajar
* Serba Boleh BONUS!
* Juga yang sedia untuk buat sesi LIVE di FB/Instagram BONUS!
* Boleh bekerjasama sebagai pasukan Emas Amir dengan Jujur, Amanah, Mesra, Hebat & Mantap!
* Boleh atur/ada kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja

Kami jemput Anda untuk sertai Kami!

Pembantu Tukang Emas | Kerja Kosong - Kulim, Kedah
Pembantu Tukang Emas Lelaki

* Suka seni pertukangan?
* Mudah Belajar & Boleh Diajar
* Kreatif & Inovatif BONUS!
* Tahu Urus Masa & Hargai Setiap Titisan Emas SEMEMANGNYA yang kami cari!
* Boleh atur/ada kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja


Mahu bekerja waktu biasa dengan gaji bulanan tetap dan ada caruman KWSP, PERKESO & SIP yang terjamin? Ada bayaran Lebih Masa OT, Cuti Tahunan & Elaun juga!

Tiada pengalaman? Takpe, janji cuba dulu!

Waktu Bekerja

9.30 pagi - 6.30 petang
*Ikut waktu operasi harian kedai

Caruman Bulanan

Setiap pekerja kami ada caruman KWSP, PERKESO & SIP

Kenaikan Gaji 

Ada kenaikan gaji apabila tamat tempoh percubaan kami yang singkat

Ada Elaun & Uniform

Ada Elaun Perkhidmatan & Elaun Makan bulanan

Mesti nak tahukan ...

  • Ada Gaji Asas ke?
    Semestinya, setiap pekerja akan menikmat Gaji Asas berasaskan AKTA PEKERJA 1955.
  • Ada Potongan KWSP, PERKESO & SIP tak?
    Eh mestilah! In shaa Allah semua pekerja yang diterima masuk dengan Perniagaan Emas Amir akan dicarum dan ada potongan KWSP, PERKESO & SIP ye.
  • Waktu Kerja Macam Mana?
    Sah akan ikut waktu operasi kedai dan kami akan beritahu nanti ler jika ada perubahan. Kalau melepasi waktu kerja biasa, OT akan dikira dan diberikan seafdalnya.
  • Eh ada kena kerja shif ke?
    Setakat ini hanya syif bergilir untuk cuti, berhenti makan dan solat. Sekiranya pelanggan yang hadir diluar jangkaan dan terpaksa kita buka sehingga selesai pada hari tersebut, maka KITA SEMUA kena kerja dan akan nikmati OT lah!
  • Ade ke Elaun-elaun yang akan diterima?
    Uiks..kerja dulu Dik, Bang oii ... Nanti tau la ada ke tak. Mai Whatsapp resume atau emel ke perniagaanemasamir@gmail.com dan kita sesi VC dulu ke apa. Mai kerja dulu nanti pasti tau !
  • Lokasi Kedai susah tak pergi dan senang tak nak letak kereta ke motor?
    Kedai Emas Amir terletak berhadapan tapak pasar pagi Kulim, bersebelahan kedai runcit produk muslim Khalifah. Dekat Pasar Pagi Kulim, akses turun naik bas pun mudah. Nak letak motor ke kereta pun memang mudah, ada je!
Juru Jual Emas Diperlukan di Kulim, Kedah
Jawatan Kosong di Kedai Emas Amir | Kulim, Kedah

Kedai Emas Amir

Lokasi/Alamat Kedai : No 3H, Jalan Belibis, Taman Tunku Putra, 09000 Kulim, Kedah

© Copyright 2021 Perniagaan Emas Amir

This web page was designed with Mobirise